Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada kesan jangkitan kulat. Teras ini boleh tenggelam di dalam air. Dan ianya daripada spesis Aquilaria Hirta dari Kelantan. |
Contoh teras gaharu yang terhasil akibat jangkitan kulat. Bagi sesetengah pengumpul, teras sebegini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan |
Kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya mengenai teras gaharu daripada segi penghasilannya. Samada teras semulajadi atau teras daripada ladang. Informasi ini tersangatlah sedikit, dan hanyalah sebagai asas bagi pengetahuan sahaja.
https://goo.gl/AhzQjp |
Setiap satu kayu gaharu itu memiliki sifatnya yang tersendiri. Yang mana ianya bermula daripada:
Tempat asal, Spesis pokok, Usia, Iklim, Jenis tanah dan kandungan mineralnya, serta faktor terbentuknya resin atau teras yang telah menghasilkan beberapa kriteria seperti:
Warna, Saiz, Berat, Bentuk, Kekerasan, Ketebalan dan berbagai-bagai faktor lain yang boleh diambil kira. Faktor Aroma adalah yang paling penting bagi diri saya.
Jadi, faktor-faktor inilah yang menentukan kualiti, dan semestinya untuk penetapan nilai harga kayu tersebut. Selain untuk aromaterapi, ianya telah digunakan sebagai ubat sejak zaman kuno purbakala dahulu.
Oleh itu, saya suka untuk mengatakan bahawasanya gaharu adalah salah satu nikmat yang sangat unik dan istimewa daripada Sang Pencipta untuk kegunaan kita semua insan biasa yang banyak dosa tapi poyo. Huhuhu
https://goo.gl/iOAwNd |
Seperti yang telah kita tahu, kayu gaharu adalah sejenis teras daripada beberapa jenis pokok yang kebanyakkannya terdapat di Asia Tenggara. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 4 jenis pokok yang menghasilkan gaharu. Antaranya ialah :
Aquilaria Rostrata Spp
Aquilaria Hirta Spp
Aquilaria Beccariana Spp
Aquilaria Malaccensis Spp
Ini tidak termasuk spesis dan subspesis lain. Antaranya Gyrinops, Aquilaria Crassna Spp, Aquilaria Subintegra Spp, Aquilaria Microcarpa Spp, dan sebagainya.
4 spesis di atas adalah yang sentiasa saya perolehi daripada pembekal-pembekal yang berhampiran. Dan biasanya diperolehi daripada masyarakat Orang Asli tempatan. Aquilaria Malaccensis Spp adalah yang biasa ditemui. Dan spesis ini adalah yang terbaik untuk kepuasan peribadi saya sendiri. Yang mana, ianya saya gunakan pada setiap hari. Dan jikalau betul cara pembakaran yang saya lakukan, saya dapat merasakan bagaimana aroma wangi yang tajam sedang "menjalar" masuk ke dalam hidung.
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada sarang semut. Dan ini adalah contoh teras yang menjadi kegemaran saya untuk aromaterapi. |
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada sarang semut. Dan ini adalah contoh teras yang menjadi kegemaran saya untuk aromaterapi. |
Antara perkara yang penting dalam perihal ini adalah, bagaimana terhasilnya gaharu pada setiap pokok itu. Sepertimana yang saya tahu, serangga adalah di antara faktor utama yang menyebabkan terhasilnya gaharu atau resin itu. Ini adalah berpunca apabila ia membuat lubang di dalam pokok untuk tujuan membuat sarang. Ada pendapat mengatakan, kesan air kencing semut adalah punca utama yang menyebabkan berlakunya tekanan pada pokok, selain daripada kesan luka yang terhasil akibat proses pembuatan laluan itu tadi. Lalu, untuk mengimbangi atau merawatinya, pokok akan menghasilkan oleoresin yang boleh dikatakan sebagai minyak. Ia bermula daripada warna kuning keemasan hingga hitam kegelapan bergantung mengikut tempoh usia. Jadi, harga kayu gaharu biasanya bergantung kepada kandungan oleoresin itu tadi. Pastinya, lebih tua resin itu, lebih tinggilah kualiti dan harganya.
Contoh kayu gaharu yang hanya memiliki sedikit sahaja teras. Ia adalah Aquilaria Hirta Spp dari Pahang, Malaysia |
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada sarang semut. Teras ini boleh tenggelam di dalam air. Dan ianya daripada spesis Aquilaria Hirta dari Kelantan, Malaysia |
Semut-semut ini biasanya membuat sarang di dalam pokok gaharu dalam jangkamasa yang sangat lama. Saya mendapati, terdapat juga sarang semut di bahagian dahan dan juga ranting. Bagi saya, teras yang terhasil daripada kesan sarang semut adalah yang terbaik kalau dinilai daripada kualiti aroma. Dan, agak sukar bagi kita untuk mendapatkan kualiti yang tinggi, apatah lagi untuk kualiti teras yang boleh tenggelam di dalam air daripada gred sarang semut ini.
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada sarang semut. Teras ini boleh tenggelam di dalam air. Dan ianya adalah Aquilaria Hirta Spp dari Kelantan, Malaysia |
To encourage the other type of insects to come and stay with the agarwood tree |
Selain semut, terdapat juga beberapa jenis serangga lain yang menjadikan pokok gaharu sebagai sarang. Ada juga spesis kumbang yang menjadikan pokok gaharu ini sebagai tempat membiak. Ia meninggalkan telurnya di dalam sarang. Selepas menetas, anak kumbang akan menetap di situ sebelum ianya matang untuk keluar berdikari. Jadi, bahagian sarang itu tadi menjadi sumber makanan harian baginya. Dan secara tidak lansung, pokok gaharu mengalami tekanan dan kesakitan. Lalu, terjadilah proses imunisasi yang membentuk gaharu.
Feeding the ants colony sometimes for their happiness :) |
Sebenarnya, terlalu banyak jenis-jenis serangga yang menjadikan pokok gaharu sebagai tempat tinggal, termasuk juga lebah. Ada juga serangga-serangga yang menggunakan bekas tinggalan sarang serangga yang lain sebagai sarang mereka. Jadi, berlakulah pengulangan proses imunisasi yang pastinya meningkatkan kualiti teras yang telah terhasil.
Selain serangga, kulat adalah salah satu penyebab terjadinya gaharu. Kebanyakkannya merebak melalui angin. Perihal ini terlalu halus untuk saya hurai. Dan sememangnya, saya tidak mendalaminya.
Contoh teras yang terhasil akibat jangkitan kulat. Ianya adalah Aquilaria Malaccensis Spp dari Pahang, Malaysia |
Proses-proses ini adalah semulajadi. Apa yang berlaku semuanya di luar pemantauan kita. Dan apa yang pasti, proses-proses ini berlaku dengan jangkamasa yang lama. Tidak cukup dengan setahun, dua atau tiga.
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada sarang semut. Teras ini boleh tenggelam di dalam air. Dan ianya adalah Aquilaria Hirta Spp dari Kelantan, Malaysia |
Bagi sesetengah pengusaha tanaman pokok gaharu, mereka membiak kulat-kulat ini bagi dijadikan produk untuk menghasilkan gaharu. Sehingga kini, masih belum ada mana-mana individu yang telah berjaya menghasilkan kaedah yang dapat menghasilkan kualiti teras yang dapat menandingi gaharu semulajadi. Tapi, sudah ada syarikat-syarikat luar yang telah berjaya menghasilkan gaharu bagi memenuhi permintaan daripada negara-negara pengguna.
Terdapat banyak kajian dan penambahbaikan dari dulu hingga sekarang.
Walaubagaimanapun, anda boleh mula mempelajarinya di sini.
Attending agarwood course with local farmers |
Antara faktor lain yang mempengaruhi keberhasilan gaharu adalah :
a. Terdapat dahan yang patah.
b. Pokok berada di kawasan tebing yang curam.
c. Pokok berada di kawasan berbatu keras.
d. Di sambar petir.
e. Dan bermacam-macam lagi.
Contoh bahagian yang memiliki teras pada pokok gaharu. Dan juga menjadi "pintu masuk" bagi serangga. Bahagian ini berpunca daripada dahan yang telah patah. Sila lihat bintik-bintik gaharu yang terdapat pada bahagian ini (gambar bawah). |
Gambar ini pula diambil pada bulan Sept. 2018, menunjukkan bahagian dahan yang patah itu sudah menjadi "pintu masuk" bagi koloni semut. |
Selain daripada faktor-faktor di atas, faktor kematangan pokok juga adalah sangat penting dalam mempengaruhi kualiti teras gaharu yang terhasil. Ada sesetengah pendapat mengatakan, pokok gaharu dikira matang pada umur 45 tahun. Cuma, amatlah sukar untuk menemui pokok setua ini. Yang biasa dijumpai adalah lebih kurang belasan tahun.
Contoh teras gaharu yang terhasil daripada sarang semut. Rata-rata teras ini boleh tenggelam di dalam air. Dan ianya adalah Aquilaria Hirta Spp dari Kelantan, Malaysia |
Antara faktor yang sangat penting dalam kualiti gaharu adalah umur jangkitan yang telah berlaku pada pokok. Pokok tua yang telah lama dijangkiti, pastilah ia dapat menghasilkan kualiti gaharu yang sangat bagus. Sebab itulah kita tidak akan dapat menjumpai teras gaharu yang berkualiti tinggi pada pokok yang masih muda.
Anak pokok yang sudah mula dijangkiti penyakit |
Sesetengah pokok gaharu juga, dapat menyembuhi jangkitan yang telah berlaku padanya. Jadi, teras yang telah terhasil kembali menjadi biasa. Hal ini mungkin agak unik, tetapi ia sentiasa berlaku kepada pengusaha tanaman gaharu bilamana ada pokok yang tidak menghasilkan teras walau proses inokulan telah dijalankan. Dan dalam pada masa yang sama, pokok lain memiliki teras gaharu yang susuai untuk dituai.
Secara asas, pokok ini haruslah sakit atau tertekan untuk membolehkan dia menghasilkan gaharu. Tetapi, bagi pokok dari jenis Candan, ia tidak perlu sakit. Ia boleh menghasilkan gaharu secara semulajadi. Cuma, kuantiti dan kualiti sahaja yang berbeza.
Contoh teras gaharu tua yang terhasil daripada jangkitan kulat. Teras ini boleh tenggelam di dalam air. Dan ianya adalah Aquilaria Hirta Spp dari Kelantan, Malaysia |
Resin gaharu yang terhasil di dalam batang pokok ini, samada penghasilan melalui aruhan atau secara semulajadi adalah sukar untuk dikenalpasti kedapatannya. Seberapa ciri luaran pokok dikenalpasti menunjukkan tanda-tanda pokok tersebut mempunyai kandungan resin.
Kaedah atau teknik ini telah digunapakai oleh pencari gaharu sebelum menakik (memeriksa) atau menebang. Ciri-ciri luaran yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:
a. Rumpun yang tidak subur dan dahan mengusut.
b. Batang merekah, kering dan membengkak
c. Terdapat koloni semut atau lubang-Iubang semut pada batang.
d. Batang kayu dibawah kulit bertukar dari warna putih kekuningan ke warna coklat.
e. Keseluruhan pokok menunjukkan (kebiasaannya) tanda-tanda tidak sihat dan bahagian pucuk pokok telah mati dan mereput.
Ada orang guna cara yang sangat mahal untuk menghasilkan gaharu. Dan saya lebih selesa menggunakan cara semulajadi yang tersangat jimat dan organik. |
Walau bagaimanapun kaedah pengenalpastian secara pemerhatian luaran ini tidak dapat memberi jangkaan kuantiti dan kualiti resin yang terbentuk secara tepat. Jadi, pengalaman adalah pedoman yang terbaik bagi mengenalpasti pokok yang sesuai untuk ditebang. Kalau saya, pokok tua di kawasan berbukit adalah yang terbaik untuk diburu.
Pokok gaharu yang terletak di dalam kebun getah. |
Andai kata pokok itu mati dengan sendirinya, dan terbiar sekian lama. Jadi, kualiti teras biasanya akan bertambah baik dari masa ke semasa. Sampai masa, pokok itu akan tumbang, dan mereput. Dan sekiranya ia tertimbus ke dalam tanah, kayu yang tidak beresin atau berteras akan reput dan hancur meninggalkan hanya teras yang kuat. Dalam masa ini, ia akan teroksida oleh pengaruh alam semulajadi, menjadikan kualiti teras semakin hebat dari segi aroma.
Kualiti dari dalam tanah ini sangatlah sesuai untuk diguna sebagai ramuan utama bagi pembuatan setanggi terutama bagi masyarakat Cina dan Jepun. Malangnya, kualiti sebegini sangatlah sukar untuk diperolehi terutama bagi kualiti yang tinggi.
Contoh teras gaharu yang diambil dari dalam tanah. Teras-teras ini boleh tenggelam di dalam air. Ianya adalah campuran daripada dua jenis spesis yang berasal dari Brunei Darussalam. |
Sebagai rumusan yang dapat saya hurai, pokok ini menghasilkan gaharu adalah sebagai proses penyembuhan bagi dirinya. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan proses ini terjadi. Apa yang saya sebutkan di atas hanyalah sebahagian daripadanya sahaja.
Antara kaedah yang sentiasa saya gunakan untuk menikmati haruman gaharu semulajadi sebagai aromaterapi. Merangkap, obat nyamok :) |
Agarwood Gaharu 沉香 香文化 奇楠 沉香 伽羅 沈香 黄熟香 蘭奢待 東大寺 栈香 真那伽 羅国 真南蛮 佐曾羅 寸聞多羅 桂皮 诃子 丁子 甘草属 廣藿香 匙葉甘鬆 大黄 紅花 大茴香 貝香 蘭奢待 香道具 聞香 香道 香炉 菖蒲香 香道具 組香 源氏香 香 馫 茶道 ខ្លឹមចាន់ ཨ་ག་རུ་ ཨ་ག་རུ་སེར་པོ་ ཨར་སྐྱ་ ཨར་ནག ไกฤษณา அகில் ໄມ້ເກດສະ العود دهن_العود ماليزيا Amber Ambergris Aloeswood Antique Aromateraphy Aquilaria Beccariana Bonsai Bracelet Candan Censer Eaglewood FrankIncense Fumigate Hirta Incense KoDo Koi Kyara Kynam Malaccensis Microcarpa Musk Oolong Oud Oudh PaloSanto Perfume Qinam Qinan Qynam Scent Rare Ranjatai Resin Rosary Rostrata Sandalwood Scents Sinensis Subintegra Tea ThitMhwae Zen