Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.
Most resinous tree so far. Once in a lifetime |
Alam semulajadi adalah sumber ilmu yang sangat bagus untuk kita "belajar" |
Waiting for the buyers to come before the journey begin |
Walaubagaimanapun, saya tidaklah begitu berpuas hati kerana faktor kelewatan yang boleh menjejaskan kualiti teras yang terkandung di dalam pokok. Tetapi, itu bukanlah satu faktor utama yang harus saya tekankan kerana pihak pembeli haruslah memahami tentang permasalahan yang sedikit sebanyak berpunca daripada pihak mereka sendiri.
Apa yang penting, pihak pembeli telah membuat satu keputusan yang sangat baik terhadap pihak pemburu. Dan semoga mereka tidak lagi merungut itu dan ini.
The mother nature |
Selepas ini, proses pindah milik sudah boleh dijalankan. Begitu juga dengan segala proses-proses lain yang berkaitan. Lebih cepat ianya diselesaikan, lebih cepat program seterusnya boleh berlansung :)
Dan berkemungkinan, saya akan dapat berkongsi teras-teras gaharu ini bersama seluruh rangkaian saya.
"How many kgs you need?" "We want it all" |
Alangkah baiknya saya jika memiliki dapur bagi memasak minyak gaharu. Kerana, terdapat lebih daripada 50kg kayu serpihan yang telah ditinggalkan oleh pemburu semasa mencari teras. Apatah lagi selepas selesai keseluruhan proses nanti. Tersangatlah rugi sekiranya dibiarkan reput sebegitu sahaja.
Saya tidak janji, tapi saya yakin bahawa minyak yang akan terhasil adalah berkualiti tinggi kerana faktor kematangan minyak yang berada di dalam setiap serat kayu. Anda boleh melihat contoh kandungan minyak pada bahagian teras yang cukup-cukup cantik ini.
Dan pasti akan menjadi bonus sekiranya saya dapat memiliki dapur yang sesuai berserta dengan tukang masak yang berpengalaman luas dalam selok belok pengulingan atau pengekstrakan.
Capturing the beauty of rainbow from the beginning |
Salah satu teras gaharu yang sangat hebat kualiti aromanya |
Di antara teras gaharu yang agak lembut struktur seratnya |
Agarwood candy :) |
Bagi sesiapa yang mahir dalam menghasilkan minyak gaharu berkualiti tinggi, bolehlah menghubungi saya untuk bekerjasama sekiranya berminat.
Corak resin yang unik |
Bahagian tunggul adalah yang terbesar ukurlilitnya. Boleh dibezakan dengan menilai saiz daun yang sudah kering |
Seperti yang telah saya perhatikan, mungkin terdapat teras yang berkualiti tinggi pada bahagian akar. Cuma, proses penggalian pasti akan lebih mencabar kerana faktor saiznya yang begitu besar, faktor tanah keras dan berbatu yang terletak di kawasan bukit tinggi. Dan juga faktor kedalaman yang telah dicapai oleh akar tunjang itu sendiri.
Saiz akar yang agak ekstrem |
Keadaan teras gaharu sebelum proses pembersihan |
Keadaan teras gaharu di atas setelah dibersihkan dengan hanya menggunakan berus |
Teras pada bahagian sebelahnya Teras sebegini sangatlah sesuai untuk dijadikan ukiran |
Saya biasanya menggunakan berus bulu kuda bagi membuat pembersihan terakhir pada teras gaharu yang berkualiti |
Dan mereka menggunakan teras bahagian akar ini bagi membuat ukiran-ukiran kecil untuk loket, gelang, rantai, campuran untuk pembuatan setanggi, dan berbagai jenis kegunaan lain.
Mereka juga percaya bahawasanya bahagian akar ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi berbanding teras pada bahagian pokok yang lain.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, ketika melalui sebuah kampung berdekatan, saya melihat Pokok kari yang terbesar pernah saya lihat. Faktor apa yang membuatkan pokok-pokok di kawasan ini begitu besar? |
Pada saya secara peribadi, saya lebih menyukai teras yang terbentuk hasil daripada tindakbalas serangga yang biasanya membuat sarang di dalam pokok. Ini termasuk semut, kumbang, dan lain-lain lagi.
Stingless bee nest |
Resin ini antara yang paling wangi pernah saya kenal daripada kayu gaharu |
Resin sebeginilah yang membuatkan kayu gaharu begitu mudah untuk tenggelam di dalam air |
Saya mendapati, aroma yang terhasil daripada teras seperti ini memiliki bau yang lebih wangi yang komplex dan unik. Ia agak berbeza dengan teras yang terhasil akibat tindakbalas kulat, parasit dan selainnya.
Kayu gaharu ini sekeras batu |
Berat kayu gaharu ini melampaui saiznya sendiri |
Seperti yang kita maklum, lebih tua resin yang terbentuk itu, maka ia pastilah lebih berkualiti. Resin atau gaharu yang matang biasanya lebih gelap warnanya, padat dan keras struktur seratnya, serta memiliki saiz yang lebih besar.
Dan kebiasaannya, resin ini boleh tenggelam di dalam air, dan membuatkan harganya melambung tinggi beratus ribu ringgit sekilogram di pasaran antarabangsa.
Antara jenis teras gaharu yang memiliki kandungan minyak yang tinggi |
Teras ini asalnya dipenuhi dengan tanah. Salah satu faktor yang meningkatkan kualiti teras |
Dan perlu juga diingatkan bahawasanya masih terdapat beberapa jenis kualiti yang lebih tinggi berbanding kayu gaharu yang tenggelam di dalam air. Pada pengetahuan saya, terdapat 2 jenis yang memiliki 10 subjenis pada keseluruhannya.
Dan yang terbaru, saya diberitahu oleh seorang sahabat dari HK, satu gred baru telah berada di pasaran mereka, iaitu Gred Karbon. Adeh!
Gred Karbon yang sangat mahal harganya. Saya mengenalinya ketika berada di Shanghai beberapa bulan lepas |
Semoga penghujung jalan cerita ini akan berakhir dengan pengakhiran yang baik untuk sesiapa sahaja yang terlibat dan akan terlibat :)
Wish I could own this beautiful |
Part 6: https://goo.gl/L6Qyhw
Part 5: https://goo.gl/1mRec5
Part 4: https://goo.gl/F2qvJr
Part 3: https://goo.gl/AhzQjp
Part 2: https://goo.gl/iOAwNd
Part 1: https://goo.gl/AXATHi
Agarwood Gaharu 沉香 香文化 奇楠 沉香 伽羅 沈香 黄熟香 蘭奢待 東大寺 栈香 真那伽 羅国 真南蛮 佐曾羅 寸聞多羅 桂皮 诃子 丁子 甘草属 廣藿香 匙葉甘鬆 大黄 紅花 大茴香 貝香 蘭奢待 香道具 聞香 香道 香炉 菖蒲香 香道具 組香 源氏香 香 馫 茶道 ខ្លឹមចាន់ ཨ་ག་རུ་ ཨ་ག་རུ་སེར་པོ་ ཨར་སྐྱ་ ཨར་ནག ไกฤษณา அகில் ໄມ້ເກດສະ العود دهن_العود ماليزيا Amber Ambergris Aloeswood Antique Aromateraphy Aquilaria Beccariana Bonsai Bracelet Candan Censer Eaglewood FrankIncense Fumigate Hirta Incense KoDo Koi Kyara Kynam Malaccensis Microcarpa Musk Oolong Oud Oudh PaloSanto Perfume Qinam Qinan Qynam Scent Rare Ranjatai Resin Rosary Rostrata Sandalwood Scents Sinensis Subintegra Tea ThitMhwae Zen