Assalamualaikum WBT.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu perkara yang sangat-sangat merugikan dalam dunia perniagaan Kayu Gaharu. Perkara ini tidaklah asing bagi pembeli dan penjual Kayu Gaharu yang mana ianya melibatkan kualiti pada aroma kayu yang dibakar.
Ia berpunca daripada sikap si pemilik asal kayu itu sendiri. Bagi mendapatkan nilai yang tinggi, maka mereka menggunakan gam untuk menguatkan struktur kayu agar tidak pecah dan sebagainya. Selain itu, penggunaan gam juga bertujuan untuk menambah berat dengan melekatkan kepada beberapa kepingan yang lain.
Hasilnya, apabila kayu dibakar, aroma yang terhasil adalah sangat memeritkan disebabkan terbakarnya gam. Ianya menyakitkan mata dan hidung sekaligus membuatkan kita berhenti untuk menikmati wangian Gaharu itu.
Bagi pendapat peribadi saya, tidak perlulah Kita untuk menambah baik kualiti kayu dengan cara sebegini. Biarlah seperti manapun kayu itu asalkan ianya bersifat semulajadi.
Beberapa minggu yang lepas, kawan saya yang merupakan pembekal telah menghantar sejumlah Kayu Gaharu untuk dijual di pasaran Arab. Tetapi, setelah saya membuat pemeriksaan kualiti. Saya mendapati kebanyakkannya telah disapu gam.
Kerugian yang saya tanggung adalah melebihi 7000 ringgit. Tapi tidak mengapa, kerana rezeki itu bukan milik saya seorang. الحمدالله ...