Assalamualaikum.
Apa kabar?
Bagi peminat Kayu Gaharu, kualiti adalah satu faktor yang amat penting bagi menentukan nilai, kepuasan, yang mana ianya adalah sebagai keistimewaan ataupun bonus.
Jadi, untuk menentukannya, terdapat beberapa cara yang telah dilakukan dari dulu lagi.
Bagi saya, daripada penglihatan adalah yang paling mudah untuk menentukaan kualiti.
Dan juga terdapat juga cara lain yang lebih tepat.
Untuk menentukan kuantiti minyak yang terdapat pada kayu tersebut, saya biasanya akan membakarnya dengan menggunakan arang. Dengan proses ini, kita akan dapat melihat secara lansung.
Oleh itu, kita dengan mudah dapat menilainya.
Proses ini juga adalah cara bagi masyarakat Arab untuk membakar kayu gaharu.
Mereka menilai kualiti dengan cara banyaknya minyak yang terhasil, dan juga kuantiti asap yang terhasil semasa proses pembakaran.
Bagi menilai kualiti aroma pula, saya lebih cenderung untuk menggunakan kaedah Kodo, yang mana ianya dapat memberi kita kualiti bau yang tepat tanpa ada unsur bau lain seperti bau asap yang terhasil daripada pembakaran arang.
Selain itu, kita dapat menetapkan ketinggian suhu kepanasan mengikut kesesuaian yang tertentu,
Percayalah, anda akan dapat merasakan perbezaan kualiti aroma yang sangat ketara dengan menggunakan kaedah ini.
Aroma yang terhasil sangatlah segar, khusus, bersih dan sebagainya tanpa ada bau lain yang tercampur,
Tetapi, pemilihan jenis arang adalah sangat penting bagi mendapatkan keputusan yang optimum.
Walaubagaimanapun, saya lebih suka menggunakan kaedah ini untuk menentukan kualiti kayu.
Ini adalah kerana ianya adalah mudah, senang, cepat, keputusan yang 100% tepat.
Pemanas yang menggunakan bateri sangatlah sesuai untuk saya bawa kemana sahaja. Di dalam bilik, di dalam kereta, di restoran atau di mana-mana sahaja.
Atau cara yang terbaik bagi saya terutama ketika berada di rumah adalah dengan menggunakan pemanas jenis elektrik.
Dan, pemilihan suhu adalah salah satu faktor yang amat penting untuk kita mendapatkan aroma bersih atau asli daripada kayu gaharu.
Setakat ini, pemanas ini adalah yang paling hebat buat saya :)
Terima kasih.

--------------------