Assalamualaikum WBT.
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang elok-elok.
Dan juga bermacam ragam perbincangan bersama pihak pembeli.
Dan saya akan tetap berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Terutama bagi pihak pemburu. Mereka mempunyai hak untuk berpuas hati hasil dari penat lelah mereka.
Anda juga bleh menilainya di sini.
Ada satu perkara yang tidak dapat untuk saya elakkan, tanpa sedari, saya telah menyukai haruman yang ada pada kayu ini.
Ia seolah sesuatu yang sangat baru dalam hidup saya.
Sesuatu yang telah melengkapkan haruman yang hanya terdapat pada kayu gaharu yang selama ini saya tercari-cari.
Di sini saya sertakan gambar di dalam proses pemanasan kayu yang menggunakan suhu terendah yang paling sesuai.
Agak sukar untuk saya gambarkan keadaanya, akan tetapi, haruman ini seolah-olah dipenuhi dengan berbagai sifat-sifatnya yang tersendiri.
Paling penting adalah, "Bagaimanakah cara untuk mendapat dan menikmati aromanya yang sebenar?"
Anda boleh menikmatinya di sini.
Saya yakin ada beberapa faktor yang telah menyebabkan terhasilnya haruman seperti ini.
Salah satunya adalah berpunca dari lebah kelulut yang telah bersarang di dalamnya.
Dan telah menyebabkan terjadinya proses pembentukan teras hasil tindakbalas dari madu yang terhasil.
Dan juga menyebabkan haruman yang terhasil itu menjadi lebik unik.
Selain itu, pokok ini pernah di sambar petir.
Ini adalah kerana, terdapat beberapa bahagian yang berwarna hitam dan sangat rapuh.
Tidak lain tidak bukan, ianya adalah arang. Dan ini adalah berpunca daripada kebakaran yang telah berlaku.
Pokok ini juga berada di kawasan tebing.
Kedudukannya adalah condong seakan mahu rebah.
Jadi, untuk keselamatan, ianya pasti telah melawan daya tarikan graviti dengan cara menghasilkan teras yang keras bagi menyokong kedudukannya agar tidak boleh rebah ke bumi.
Antara sebab lain yang agak menarik adalah dari faktor mistik. Cuma ceritanya agak mencabar untuk saya percayai. Dan nyata, yang ghaib itu sebenarnya juga wujud.
Gambar kayu di atas (di dalam botol kaca) ini adalah sample kualiti kelas teratas untuk kayu gaharu.
Ia dihadiahkan oleh seorang pengumpul dari Singapura pada tahun lepas.
Jadi, saya akan menggunakan kedua-duanya untuk mengenalpasti beberapa faktor yang pastinya akan membantu pemerhatian saya.
(: Saya mendoakan agar kedatangan minggu yang baru ini, akan mewarna-warnikan kehidupan gaharu saya sehari-hari :) Amin...
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang elok-elok.
************************************************

Sejak kedatangan kayu unik ini, hidup saya seolah-olah telah berubah.
Saya menjadi sibuk dengan segala macam hal yang berkaitan dengan kualitinya.
Termasuk dengan urusan pasaran, membuat pemerhatian dan mencari informasi melalui laman Google, ataupun daripada kawan-kawan yang sudah berpengalaman dengan kualiti sebegini.
************************************************
Setakat ini, bermacam-macam maklum balas telah saya terima.
Dan juga bermacam ragam perbincangan bersama pihak pembeli.
Dan saya akan tetap berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Terutama bagi pihak pemburu. Mereka mempunyai hak untuk berpuas hati hasil dari penat lelah mereka.
Anda juga bleh menilainya di sini.
************************************************
Ia seolah sesuatu yang sangat baru dalam hidup saya.
Sesuatu yang telah melengkapkan haruman yang hanya terdapat pada kayu gaharu yang selama ini saya tercari-cari.
Di sini saya sertakan gambar di dalam proses pemanasan kayu yang menggunakan suhu terendah yang paling sesuai.
Sebelum proses pemanasan |
Selepas proses pemanasan |
Agak sukar untuk saya gambarkan keadaanya, akan tetapi, haruman ini seolah-olah dipenuhi dengan berbagai sifat-sifatnya yang tersendiri.
Paling penting adalah, "Bagaimanakah cara untuk mendapat dan menikmati aromanya yang sebenar?"
Anda boleh menikmatinya di sini.
Saya yakin ada beberapa faktor yang telah menyebabkan terhasilnya haruman seperti ini.
Salah satunya adalah berpunca dari lebah kelulut yang telah bersarang di dalamnya.
Dan telah menyebabkan terjadinya proses pembentukan teras hasil tindakbalas dari madu yang terhasil.
Dan juga menyebabkan haruman yang terhasil itu menjadi lebik unik.
************************************************
Selain itu, pokok ini pernah di sambar petir.
Ini adalah kerana, terdapat beberapa bahagian yang berwarna hitam dan sangat rapuh.
Tidak lain tidak bukan, ianya adalah arang. Dan ini adalah berpunca daripada kebakaran yang telah berlaku.
************************************************
Pokok ini juga berada di kawasan tebing.
Kedudukannya adalah condong seakan mahu rebah.
Jadi, untuk keselamatan, ianya pasti telah melawan daya tarikan graviti dengan cara menghasilkan teras yang keras bagi menyokong kedudukannya agar tidak boleh rebah ke bumi.
Antara sebab lain yang agak menarik adalah dari faktor mistik. Cuma ceritanya agak mencabar untuk saya percayai. Dan nyata, yang ghaib itu sebenarnya juga wujud.
************************************************
Gambar kayu di atas (di dalam botol kaca) ini adalah sample kualiti kelas teratas untuk kayu gaharu.
Ia dihadiahkan oleh seorang pengumpul dari Singapura pada tahun lepas.
Jadi, saya akan menggunakan kedua-duanya untuk mengenalpasti beberapa faktor yang pastinya akan membantu pemerhatian saya.
************************************************
Diantara perbezaan yang ketara adalah, kandungan asap sangat kurang jika dibandingkan dengan kayu yang pernah saya gunakan sebelum ini.
Kandungan minyaknya juga agak jernih dan pekat.(: Saya mendoakan agar kedatangan minggu yang baru ini, akan mewarna-warnikan kehidupan gaharu saya sehari-hari :) Amin...
************************************************
Terima kasih.
Source: https://goo.gl/gOsyxX
Part 6: https://goo.gl/L6Qyhw
Part 5: https://goo.gl/1mRec5
Part 4: https://goo.gl/F2qvJr
Part 3: https://goo.gl/AhzQjp
Part 2: https://goo.gl/iOAwNd
Part 1: https://goo.gl/AXATHi
Part 6: https://goo.gl/L6Qyhw
Part 5: https://goo.gl/1mRec5
Part 4: https://goo.gl/F2qvJr
Part 3: https://goo.gl/AhzQjp
Part 2: https://goo.gl/iOAwNd
Part 1: https://goo.gl/AXATHi