Assalamualaikum.
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik. Amin.
Awal minggu lepas, saya menerima Kayu Gaharu dari Pulau Borneo.
Di sana terkenal dengan Aquilaria Microcarpa dan juga Beccariana.
Walaubagaimanapun, spesis Malaccensis tetap menjadi buruan saya atas faktor baunya yang begitu sesuai untuk saya.
Kayu-kayu yang saya terima seolah-olah bercampur-campur dengan ketiga-tiga spesis di atas.
Jadi, memang terlalu sukar untuk saya mengenalpasti setiap satunya.
Ini adalah kerana, kesemua kayu ini telah diambil dari dalam tanah.
Mustahil untuk saya mengenalinya.
Kelebihan kayu-kayu ini adalah, kita dapat menikmati haruman baunya yang sangat wangi walau hanya di dalam suhu bilik.
Saya boleh katakan, kualitinya adalah tinggi atas faktor umur kayu tersebut.
Malangnya, terasnya tidaklah setebal yang saya dambakan. Hanya sekitar 7mm maksima.
Setelah selesai proses pemerhatian yang pertama, saya letakkan semuanya di dalam air bagi mengenalpasti kayu tenggelam, dan mencuci kesan tanah yang masih ada.
Apa yang membuatkan saya tersenyum lebar adalah, saya mendapati lebih 40% daripada kayu-kayu ini adalah tenggelam di dalam air.

Setelah agak kering, saya bersihkan dan asingkan mengikut perbezaan.
Pada waktu ini, haruman baunya lebih ketara.
Sangat lembut dan wangi seolah-olah bau bunga yang berwarna merah sedang mekar di awal waktu pagi.
Setelah beberapa hari di dalam bilik simpanan, saya melakukan pembersihan terakhir iaitu membuang segala sisa-sisa serat kayu yang masih ada.
Setelah siap, saya bersihkan dengan menggunakan berus bagu menghilangkan semua debu-debu tanah.
Anda juga boleh melakukannya di sini.
Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk saya menikmati haruman sebenar dengan membakar atau memanaskannya pada suhu yang sesuai.
Tiada apa yang dapat saya kata, melainkan tersenyum syukur seorang diri di dalam bilik.
Anda juga pasti akan kagum selepas melihatnya di sini.
Akhir sekali, saya campurkan kesemua lebihan kualiti tenggelam dari Brunei yang dahulu bersama-sama dengan yang ini.

Kebetulan, salah seorang pembeli tetap menghubungi saya untuk mencari kualitu seperti ini.
Jadi, saya terus membuat temujanji :)
Terima kasih kerana sudi membaca.
Dan In Shaa Allah, The Power of Gaharu Part 3 akan menyusul tak lama lagi.
Sekian.