Assalamualaikum WBT.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Minggu lepas saya menerima kayu candan dari seorang pemburu dari daerah pantai timur.
Kayunya masih baru, jadi ianya agak neutral seakan bau hutan.
Kebiasaannya, kayu yang baru diterima, ianya tidaklah dalam keadaan yang baik.
Jadi, seperti biasa, saya akan membuat pembersihan terakhir (di sini) bagi mendapatkan kualiti yang lebih tinggi.
Proses ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, bukan untuk 1 atau 2 jam. Malah, bisa terlanjur hingga semalaman atau lebih lama lagi.
Lebih tinggi kualitinya, lebih banyak masa saya perlukan.
Kalau berbekalkan kopi dan rokok, ia pastinya bukan 1 masalah. Apa pula kalau dah memang hobi kita :)
Bagi saya, kayu ini jelas menampakkan keunikan penciptaan dariNya.
Untuk pengetahuan, spesis candan masih memiliki 2 jenis yang lain.
Kayu candan memiliki aroma wangi lembut yang begitu unik pada hidung saya.
Terutama teras yang sudah cukup matang atau lebih tua lagi.
Rata-rata kenalan saya dari luar juga meminati kayu dari keluarga candan ini. Terutama bagi golongan kaum cina yang sememangnya sangat cenderung kepada kayu berbentuk hiasan.
Kayu ini akan saya simpan elok-elok dalam keadaan yang baik.
Kalau boleh, biarlah menjadi pusaka untuk generasi-generasi akan datang. Hehehe
Terima kasih.
Cibotium barometz [Very Rare] |