I will burn you to love you

Saturday 9 December 2017

Pure Agarwood Oil

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.


Pada minggu ini, saya telah menerima sample minyak gaharu daripada seorang kawan yang tinggal di Negeri Kelantan. Ianya bermula daripada perbincangan mengenai proses memasak minyak gaharu. Setelah selesai perbincangan, dia bersetuju untuk menghantar minyaknya bagi tujuan pengenalan dan pembelajaran buat saya.


High quality agarwood oil from Malaysia
Minyak yang akan menjadi kegunaan harian keluarga saya




Saya mendapati, minyaknya sangat berbeza dengan minyak yang ada di dalam koleksi saya. Boleh dikatakan, minyak ini seolah-olah bukan minyak yang datangnya dari Malaysia. Ini adalah kerana aromanya yang lebih kepada bau coklat telah memonopoli bau wangi kayu. Oleh yang demikian, kami bersepakat untuk menetapkan harga bagi saya menjual semula kepada pembeli-pembeli saya yang sememangnya mahukan minyak gaharu Malaysia yang berkualiti.



Agarwood for distillation
Contoh kayu gaharu yang sangat sesuai untuk diproses menjadikan minyak




Terus terang,  saya masih belum mahir untuk mengenalpasti kualiti minyak gaharu secara jelas dan tepat. Ini adalah disebabkan oleh kelemahan utama saya yang tidak dapat mengenalpasti jenis-jenis aromanya secara khusus. Jadi, saya agak mudah ditipu dalam pembelian minyak. Walaubagaimanapun, saya sudah mula membeli minyak gaharu daripada luar untuk tujuan pembelajaran bagi mengenalpasti kualiti minyak itu sendiri. Dalam pada itu, agak sukar untuk saya menemui minyak yang sesuai untuk selera saya. Selama ini, minyak dari Trat adalah yang saya gunakan setiap hari bersama keluarga. Cuma, ianya adalah minyak yang diproses daripada kayu inokulan, dan bukanlah daripada kayu semulajadi yang berasal dari hutan sepertimana yang saya selalu dambakan.







Apa yang saya harapkan adalah, semoga kawan saya dapat mengekalkan kualiti agar dapat saya terus memenuhi permintaan pembeli saya yang senantiasa dahagakan haruman minyak gaharu yang berkualiti dari Malaysia. Dan InShaaAllah, saya juga akan mula untuk memproses minyak gaharu. Saya sekarang, masih lagi dalam proses pembelajaran dalam bentuk teori.


Pure Agarwood Oil
Click here



Jadi, sekiranya anda juga berminat untuk memiliki minyak ini, bolehlah menghubungi saya. Ini adalah kerana, selain daripada faktor bau yang unik, faktor harga yang agak murah juga adalah sangat baik untuk kita mendapatkannya. Dan harus diingat, minyak gaharu sebegini tidak datang dalam kuantiti besar, dan pasti akan habis dibeli oleh pembeli lain.


High quality Attar made by Pure Agarwood Oil
Minyak yang telah mengubah persepsi saya terhadap Attar.
Terima kaseh buatmu Ustaz :)



♠ I'll get it for you as long as its naturally wild and pure ♠  #Agarwood #Resin #Gaharu #Aquilaria #Incense #沉香 #香道 #香文化 #白檀 #沈香 #香 #香炉 #دهن_العود #العود #Ambergris #Aloeswood #Bitcoin #Bonsai #Candan #Censer #FrankIncense #Hirta #Kynam #Malaccensis #Mu
Antara samples minyak yang diperolehi. Dan ada di antaranya adalah sangat berkualiti buat peminat gaharu




Terima kasih.










Agarwood Gaharu 沉香 香文化 奇楠 沉香 伽羅 沈香 黄熟香 蘭奢待 東大寺 栈香 真那伽 羅国 真南蛮 佐曾羅 寸聞多羅 桂皮 诃子 丁子 甘草属 廣藿香 匙葉甘鬆 大黄 紅花 大茴香 貝香 蘭奢待 香道具 聞香 香道 香炉 菖蒲香 香道具 組香 源氏香 香 馫 茶道 ខ្លឹមចាន់ ཨ་ག་རུ་ ཨ་ག་རུ་སེར་པོ་ ཨར་སྐྱ་ ཨར་ནག ไกฤษณา அகில் ໄມ້ເກດສະ العود دهن_العود ماليزيا Amber Ambergris Aloeswood Antique Aromateraphy Aquilaria Beccariana Bonsai Bracelet Candan Censer Eaglewood FrankIncense Fumigate Hirta Incense KoDo Koi Kyara Kynam Malaccensis Microcarpa Musk Oolong Oud Oudh PaloSanto Perfume Qinam Qinan Qynam Scent Rare Ranjatai Resin Rosary Rostrata Sandalwood Scents Sinensis Subintegra Tea ThitMhwae Zen