Assalamualaikum WBT.
Semua ini bermula apabila saya melihat gambar-gambar gelang gaharu tenggelam di internet.
Dan sememangnya, saya ada mengumpul sejumlah berat kayu gaharu tenggelam bersaiz kecil sebagai koleksi peribadi.
Setelah berkenan pada 1 jenis gelang gaharu, saya berminat untuk membuatnya.
Jadi, saya memilih kayu-kayu yang sesuai.
Dan yang paling penting, kayu-kayu ini mestilah tenggelam dalam air.
Kayu yang dipilih adalah Kayu Candan yang telah dibeli pada awal tahun 2015 dari Kelantan.
Kayunya sangat keras dan berbentuk agak unik.
Pada awal nya, saya memilih sekitar 17 gram.
Saya telah berjumpa dengan seorang kawan berbangsa cina untuk mendapatkan khidmat nasihat beliau.
Tetapi, dia lebih cenderung untuk membeli kayu ini untuk dibuat gelang sebelum dijual kepada pembelinya.
Selepas saya menolak permintaannya, dia meminta untuk membuatkan gelang itu untuk saya.
Sekali lagi saya menolak.
Kesimpulan yang saya dapat selepas perjumpaan itu adalah keseronokan mengenai pembuatan gelang ini yang pasti menjanjikan kepuasan. In Shaa Allah.
Proses pembuatan yang akan saya lakukan adalah secara manual tanpa menggunakan mesin.
Maklumlah, ia untuk kegunaan peribadi.
Pastinya saya inginkan ketelitian.
Dipendekkan cerita, setelah beberapa jam membuat lubang.
Maka, ternampaklah hasil yang sangat menggiurkan pada mata saya. Hihi.
Sungguh seksi bagai dikata.
Saya hanya menggunakan mata pengorek bersaiz kecil, dan benang sahaja.
In Shaa Allah, bila sudah selesai semuanya, saya akan pergi berjumpa kawan cina itu untuk menyiapkan keseluruhannya.
Setelah siap ditebuk dan dimasukkan benang, saya timbang dan jumlah berat gelang ini ±14.50 gram.
Kemudian saya letak kan dalam air, dan hasilnya telah membuatkan saya tersenyum sendiri.
Setelah dibelek-belek, saya dapati gelang ini sesuai untuk dipakai walau kelihatan agak pelik dan eksotik. Hehe
Semua ini bermula apabila saya melihat gambar-gambar gelang gaharu tenggelam di internet.
Dan sememangnya, saya ada mengumpul sejumlah berat kayu gaharu tenggelam bersaiz kecil sebagai koleksi peribadi.
Gelang Gaharu milik Brother Wei Ku dari Jakarta, Indonesia |
Jadi, saya memilih kayu-kayu yang sesuai.
Dan yang paling penting, kayu-kayu ini mestilah tenggelam dalam air.
Kayu yang dipilih adalah Kayu Candan yang telah dibeli pada awal tahun 2015 dari Kelantan.
Kayunya sangat keras dan berbentuk agak unik.
Pada awal nya, saya memilih sekitar 17 gram.
Saya telah berjumpa dengan seorang kawan berbangsa cina untuk mendapatkan khidmat nasihat beliau.
Tetapi, dia lebih cenderung untuk membeli kayu ini untuk dibuat gelang sebelum dijual kepada pembelinya.
Selepas saya menolak permintaannya, dia meminta untuk membuatkan gelang itu untuk saya.
Sekali lagi saya menolak.
Kesimpulan yang saya dapat selepas perjumpaan itu adalah keseronokan mengenai pembuatan gelang ini yang pasti menjanjikan kepuasan. In Shaa Allah.
Proses pembuatan yang akan saya lakukan adalah secara manual tanpa menggunakan mesin.
Maklumlah, ia untuk kegunaan peribadi.
Pastinya saya inginkan ketelitian.
Dipendekkan cerita, setelah beberapa jam membuat lubang.
Maka, ternampaklah hasil yang sangat menggiurkan pada mata saya. Hihi.
Sungguh seksi bagai dikata.
Saya hanya menggunakan mata pengorek bersaiz kecil, dan benang sahaja.
In Shaa Allah, bila sudah selesai semuanya, saya akan pergi berjumpa kawan cina itu untuk menyiapkan keseluruhannya.
Setelah siap ditebuk dan dimasukkan benang, saya timbang dan jumlah berat gelang ini ±14.50 gram.
Kemudian saya letak kan dalam air, dan hasilnya telah membuatkan saya tersenyum sendiri.
-------
-------
-------
-------
Terima kasih