I will burn you to love you

Thursday, 21 July 2016

Typical Soil Agarwood - 黄熟香 - 沈梗 - 泥沈香 - 沉香 - 沈香

Assalamualaikum.
Eid Mubarak.


Soil Agarwood adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicari. Terutama yang benar-benar berkualiti dan sesuai untuk dijadikan sebagai Setanggi atau Incense. Ini adalah kerana faktor "masa" yakni ianya memerlukan satu jangkamasa yang berabad atau berdekad lamanya.


Sinking  Soil Agarwood





Di dalam pasaran antarabangsa, Soil Agarwood dari Vietnam adalah yang paling diminati dan diburu oleh peminat-peminat gaharu berkualiti tinggi, Pada masa kini, Soil Agarwood dari Indonesia juga telah banyak memasuki pasaran. Ini adalah kerana faktor kuantiti dan harga yang lebih murah. Tetapi sudah tentu terdapat banyak perbezaan ketara dari segi aroma, species, dan juga sebagainya.


Selain daripada bersifat keras dan rapuh, Soil Agarwood memiliki aroma yang sangat unik. Maka, ianya amat sesuai untuk dibakar sebagai setanggi. Oleh itu, rata-rata pengeluar setanggi lebih cenderung untuk menggunakan Soil Agarwood sebagai bahan utama untuk pembuatan setanggi mereka.

Bagi saya, cukuplah sekadar dapat memilikinya dalam koleksi. Tidak kiralah faktor kualiti atau spesis atau sebagainya. Sudah dikira cukup bertuah dapat merasakan aroma wangi yang betul-betul hebat. Dan apa yang lebih mengembirakan saya adalah, kesemua Soil Agarwood ini tenggelam dalam air.



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood


Sinking  Soil Agarwood



Sinking  Soil Agarwood




Terima kasih.