I will burn you to love you

Sunday, 28 May 2017

Part 5 - Visiting the agarwood buyer in Shanghai

************************************************

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Yang mana satu kah bangunan The Shanghai World Financial Center?

Assalamualaikum WBT.
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.

Setelah sekian lama "bermain" dengan perihal pokok tua ini, akhirnya saya telah berjaya menemui pembeli bagi keseluruhan pokok itu. Jadi, ianya agak berbaloi dengan usaha yang telah saya lakukan setiap masa selama ini walau dengan bermacam-macam jenis dugaan menimpa pihak pemburu.

************************************************

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Sebahagian daripada kayu yang saya bawa untuk pemerhatian pembeli. 2 spesis yang berbeza daripada 2 negeri di pantai timur semenanjung
Kiri: Teras daripada pokok tua
Kanan: Teras daripada Pokok Chandan [A. Hirta Spp]

Dengan hanya berbekalkan beberapa ketul kayu sebagai samples, saya bersama seorang rakan telah pergi ke Shanghai, China, untuk bertemu dan berbincang serta membuat keputusan bersama-sama dengan pihak pembeli. Dia (pembeli) merupakan seorang yang telah berurusniaga gaharu melebihi 7 tahun. Boleh dikatakan, bahawasanya dia sudah berjaya dalam kerjaya yang dia usahakan.

Sebelum menemuinya, kami telah berjumpa dengan kawan-kawan gaharu di sana bagi berbincang serba sedikit tentang suasana ekonomi gaharu pada masa kini. Kami di jemput ke sebuah bangunan komuniti Persatuan Seni Teh dan Keagamaan.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Sudut menyambut tetamu yang dipenuhi pelbagai hiasan yang kebanyakkannya daripada porselin.

 Tempat ini sangatlah unik dan begitu menarik minat saya untuk belajar tentang beberapa perkara iaitu seni teh dan dekorasi dalaman. Tetapi, ianya amatlah sukar kerana mereka hanya bisa bertutur bahasa bonda mereka sahaja. Jadi, saya hanya bertanyakan perkara penting sahaja melalui kawan saya.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Bilik mesyuarat di antara kami dan pihak pengurusan.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Antara koleksi antik yang sedia untuk dijual.

************************************************

Sebelah malamnya, kami bersiar-bersiar di kawasan pusat bandar selepas selesai sesi suai kenal bersama pihak pengurusan persatuan. Kami diiringi oleh seorang kawan yang sangat berminat untuk melabur dalam urusniaga pokok ini. Malangnya, dia tiada pengalaman dalam dunia jual beli gaharu. Jadi, dia hanya mampu untuk menunggu peluang andai kata kami tidak dapat untuk menemui pembeli.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
"Metropolitan, bagai hutan yang disimpan"

Pada kedatangan pada 11 tahun yang dahulu, menara telekomunikasi ini adalah yang tertinggi di Shanghai, dan ke-3 tertinggi di dunia. Tetapi sekarang, bangunan berwarna biru di belakangnya adalah lebih tinggi daripadanya.

Untuk pengetahuan, bangunan tertinggi di Shanghai sekarang adalah Shanghai Tower iaitu setinggi 632 meter (2073 kaki) dan mempunyai 128 tingkat. Dan ianya terletak berdekatan dengan bangunan ini.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود

************************************************

Dalam perjalanan pulang ke hotel (berjalan kaki), kami dipelawa untuk singgah di rumahnya yang kebetulan terletak di arah yang sama. Saya mengambil kesempatan untuk berehat di atas sofa yang sangat empuk. Maklumlah, Si dia ini seorang pemuda yang kaya raya hasil dari perniagaan-perniagaannya yang telah berjaya.

Kami dihidangkan dengan buah-buahan dan juga teh cina (pu-erh). Saya seorang yang bukanlah mahir dalam dunia teh cina ini, tapi saya dapat merasai kelainan daripada rasa dan aroma teh yang dihidangkan. Dengan selamba saya meneka kepada tuan rumah, "Adakah ini teh semulajadi?" (Wild Tea). Dan mereka (suami isteri) mengiakannya. Mereka hairan bagaimana saya seorang pelawat dari negara luar dan berbangsa asing dapat mengenali tentang teh mereka. Saya hanya menyatakan bahawa saya hanya meneka sahaja :)
Dan hidangan sejenis teh yang lain adalah dari jenis Black Tea.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Hidangan yang menenuhi citarasa saya

Setelah sekian lama di situ, saya menghadiahkan mereka sebotol minyak gaharu kegemaran saya, dan beberapa jenis kayu gaharu terbaik koleksi saya khas buat mereka sebagai tanda menghargai penghargaan mereka terhadap saya sebagai seorang tetamu.
Lalu mereka pula menghadiahkan saya Limited Album Collection ini sebagai tanda kenang-kenangan.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Hard cover yang menunjukkan ianya bernilai tinggi

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Didatangi bersama nombor siri dan tanda pengesahan

************************************************

Keesokan harinya, kami dijemput untuk berjumpa dengan seorang pengumpul gaharu yang memiliki sebuah kedai teh. Sewaktu mereka sibuk meneliti samples, saya telah mengambil peluang untuk melihat-lihat kawasan dalaman kedainya. Ada banyak jenis teh yang dijual, dan rata-ratanya sudah berumur puluhan tahun. Saya amat tertarik dengan teko-teko Yixing yang diperbuat daripada tanah liat, dan ada juga teko lain yang diperbuat daripada seramik. Apapun jua, harganya amatlah mendukacitakan bagi seorang amateur seperti saya. Huhu

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Antara sebilangan barangan yang diniagakan

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Ianya tidaklah semahal yang pernah saya lihat

************************************************

Selepas itu, kami ke sebuah kedai gaharu yang dimiliki oleh kawan-kawan yang dikenali rapat oleh jururunding kami. Seperti biasa, perbincangan dijalankan dengan hanya 1 matlamat yakni "€×£¡&i+!0π". Mereka tidak mempunyai masalah besar, melainkan hanya ¶€®m¡+. Mereka tidak pernah membeli dengan kuantiti yang sebegini besar. Jadi, mereka meletakkannya sebagai KIV sementara mencari-cari cara bagi dapat berniaga bersama-sama.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Antara kayu gaharu yang dijual

************************************************

Kali ini, kami berjumpa pula dengan orang yang memang kami hajati sejak dari Tanah Melayu lagi. Dia sangatlah berbesar hati menerima kunjungan kami, dan terharu kerana ini bersama-sama mencari peluang untuk sama-sama berniaga gaharu.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Kayu daripada Pokok Candan yang sentiasa bersama saya kemana sahaja

Kedainya terletak di sebuah plaza teh. Dan rata-rata kedai di sini menjual teh dan berbagai produk gaharu. Saya sempat melawat kedai-kedai berdekatan bagi melihat sendiri apakah yang menjadi pilihan para pembeli terutama daripada golongan yang mewah.

Saya dapati hanya 3 jenis produk yang biasa dijual di sini, iaitu:

1. Kayu gaharu
- Berbentuk asal
- Berbentuk ukiran, termasuk perhiasan
- Setanggi (powder dan stick) (asli dan campuran)

2. Aksesori
- Peralatan membakar gaharu dan setanggi
- Peralatan membuat setanggi

Dan penjualan minyak pati gaharu adalah terhad disebabkan oleh faktor penggunaan yang tidak begitu menggalakkan bagi mereka.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Antara sebahagian setanggi gaharu yang siap sedia untuk dibakar

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Antara jenis, atau kualiti yang sangat saya sukai

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Kehalusan hasil seni ukiran yang menambah nilai harga

************************************************

Pemandangan di balkoni rumah salah seorang pelabur. Kami dijemput ke sini bagi membincangkan halatuju perniagaan kami di masa akan datang, sebelum pulang ke hotel.
Dan terlanjur esok adalah cuti, salah seorang pelabur itu ingin membawa kami kesebuah tempat yang bersejarah.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Unit rumah yang jauh lebih mahal kalau dibandingkan dengan Negara Singapura. Unit ini berharga melebihi MYR100M

************************************************

Seperti yang telah dirancang, kami akhirnya sampai juga di sini.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Single and steady of super rich lady

Tempat ini adalah sebuah bandar lama yang sudah berusia melebihi 1000 tahun. Ianya telah dibangunkan pada zaman Dynasty Ming.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Kedai-kedai yang dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan hadiah untuk dibawa pulang

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Sangat damai dan membahagiakan bersama ekosistem yang bagus

Memasuki taman peribadi telah membuat saya asyik kepada keindahan suasananya. Elemen air, batu, buluh, ikan dan sebagainya seolah-olah lengkap menghiasi segenap persekitaran taman. Juga, terdapat satu sudut bagi mendengar deruan angin yang terletak di bahagian yang lebih tinggi.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Pelik, Unik, Tenang, Damai, Sejuk, Kagum, Sunyi, Rindu, Asyik, Khayal, Bahagia, Senang, Hebat, Santai, Redup, 

************************************************

Pada keesokan harinya (Ahad), kami dijemput sekali lagi berjumpa dengan pembeli bagi membincangkan beberapa perkara penting untuk memudahkan tindakan selanjutnya.

Terbaek !!!

Sehingga kini, semuanya berjalan lancar tanpa masalah besar. Dan saya yakin, pembeli ini adalah pihak yang paling berpuas hati jikalau urusan ini berjaya hingga selesai.

Setelah perbincangan ditutup, saya "dinilai" olehnya, yakni untuk mengenalpasti beberapa jenis kayu gaharu yang terdapat dalam di kedainya. Banyak juga yang berjaya saya teka dengan betul.
Cuma, kayu di dalam bekas kaca paling kiri ini membuat saya bingung. Tidak pernah hidung saya hidu aroma yang betul-betul wangi selembut halus Aquilaria Rostrata Spp.

Dan juga, tidak pernah saya fikir untuk dapat berpeluang menghargai kayu gaharu dari negara ini. Mestinya, ianya akan termasuk dalam senarai pembelian saya walau ianya very rare.

Bau aromanya seolah-olah bau bunga subur yang sedang mekar harum berwarna-warni mewangi di waktu pagi bersama kesegar-sejukan embun dingin kala hening. Ianya menyegarkan minda saya yang seolah-olah sedang berkhayal mengimpikan sesuatu yang bersih semurni kasih. Haish!

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Diantara koleksi kelas bakaran yang rata-ratanya terbaik dari segi kualiti aroma

Selesai sesi "pembakaran" kayu gaharu, saya bertukar-tukar cerita bersama si pembeli yang boleh berbahasa inggeris tanpa masalah.

Saya bertanyakan tentang 1 jenis kualiti gaharu seperti gambar di bawah.
Dan dengan menyentak, dia mahu membeli sekiranya saya memilikinya. Jadi, saya nyatakan serba sedikit tentang keadaan dan sifatnya. Lalu, Si Pembeli bersetuju dengan harga beberapa dot dot dot usd per gram.

Sekiranya anda juga memiliki sesuatu seperti ini, ketahuilah bahawa ianya teramat bernilai terutama bagi mereka yang sangat arif dengan perubatan tradisional, atau kepada mereka yang mencarinya.
Dan percayalah, harga yang saya tawarkan pada pembeli itu adalah jauh lebih murah daripada harga pasaran sebenar.

Dan pastikan resin gaharu ini disimpan dengan cara yang betul. Ini adalah bagi menjamin kualitinya agar tidak rosak, supaya mendapat harga jualan yang sangat tinggi.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود

Ini adalah resin semulajadi yang diperolehi daripada pokok tua itu. Pertama kali saya berpeluang untuk memilikinya setelah hanya membaca dari Google selama ini.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود

Sebelum pulang, Si Pembeli dengan berbesar hati mahu mengajak saya makan makanan Halal. Dan kebetulan, dia seorang Vegeterian.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Steamboat adalah salah satu makanan harian mereka agaknya

************************************************

Hari ini, adalah hari terakhir untuk saya mengecapi nikmat kekurangan sumber makanan Halal, nikmat tanpa bahasa melayu, dan nikmat kelainan cara bersuci daripada hadas :)
Juga beberapa nikmat-nikmat lain yang semestinya saya kecapi tanpa sedar.

Di awal paginya, saya menghabiskan masa di sebuah kedai kopi lama yang berkonsepkan peninggalan Perancis.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Berseorangan di sini hanya mengingatkan saya tentang keenakan makanan di tempat sendiri

************************************************

Dan kemudian, saya ke sebuah tempat bersejarah yang saya rasakan cukup banyak perkara yang dapat saya belajar daripadanya.

Couplet ini mengingatkan bahawasanya saya amat menyayangi seseorang yang sentiasa mendoakan kejayaan hobby saya ini. Semoga anda juga dapat memahami terjemahannya :)

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Kata-kata yang ditujukan khas daripada seorang suami buat isterinya

Gadis ini adalah seorang pelajar yang berminat dengan latarbelakang cina. Saya sempat bertukar cerita semasa di dalam bangunan. Kepetahannya berbahasa membuat saya menjiwai watak yang di bawa oleh The Son of China ini.

Sebelum berpisah, saya minta izin daripadanya untuk bergambar kenangan.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Orang asing yang tiada masalah untuk berkongsi minat tentang sejarah, dan telah banyak membantu saya dalam misi ini

************************************************

Dan ini adalah di antara keadaan lalulintas yang agak sibuk pernah saya alami di sini. Mereka yang berbilang latarbelakang masing-masing sedang berusaha untuk mengejar masa agar tidak terus ketinggalan di belakang.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود

************************************************

Atas faktor was-was, saya membatalkan untuk mencuba salah satu makanan kegemaran saya, iaitu Pizza Margherita. Kalau di Malaysia, saya suka makan di sebuah kedai di Jalan Teluk Sisek, Bandar Kuantan. Tapi, rasanya kedai itu sudah ditutup sekarang.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود

************************************************

Sekiranya saya kembali lagi, saya akan ke sini lagi kerana terdapat sesuatu yang sangat berguna untuk saya ceburi. Semoga kesampaian :)

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Sebuah taman di kawasan kejiranan golongan elit

************************************************

Sebelum pulang, saya sempat singgah di satu kawasan perlancongan membeli-belah. Lebih kurang macam di Jalan Petaling, tetapi di sini jauh lebih mengancam!

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Pintu masuk 3 yang lebih kepada barangan tenun dan seramik

Disebabkan oleh faktor masa yang singkat, saya tidak sempat untuk explore keseluruhan kawasan ini. Banyak kedai menarik termasuk kedai yang menjual Sutera Cina.

Dan saya sempat melihat-lihat minyak wangi di kedai ini.

Minyak wangi adalah satu benda yang sedang saya pelajari untuk mendapatkan kualiti sendiri bagi kegunaan keluarga

************************************************

Apa yang pasti, saya berjaya menyelesaikan 1 proses bagi menjual pokok ini.
Biarlah jadi ataupun tidak, itu bukan urusan saya.

Bunga Lotus - Yuyuan Garden

************************************************

Dan apa juga yang berlaku nanti, saya tetap berpuas-hati dengan ketentuanNya. Dan sebagai penguat semangat, mereka sedia membantu untuk melabur bagi memudahkan urusan penjualan. Tujuan mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bekerjasama dalam dunia perniagaan gaharu yang belum pernah mereka ceburi.

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Kami bersetuju untuk bersama-sama menceburi pasaran gaharu di Shanghai pada masa akan datang

Andai kata urusan penjualan pokok ini berjaya, saya yakin yang saya tidak memerlukan lagi pelabur dari mana-mana pihak. Ini adalah kerana saya sudah mempunyai pengalaman, dan sedikit modal untuk terus pergi lebih jauh.

Apa yang penting sekarang adalah usaha yang berterusan agar dapat mencapai apa yang saya impikan.

************************************************

Kyara Kynam Agarwood 沉香 香道 奇楠 沈梗 沈香 Incense Aquilaria Aloeswood Resin Oud PaloSanto Candan FrankIncense Hirta KoDo Censer Ambergris Sandalwood Musk Eaglewood Gaharu دهن_العود
Buah Nenas Batu [Ananus Nanus]

Terima kaseh kerana sudi membaca.
Dan terima kasih juga sekiranya anda mendoakan kejayaan saya selama ini.

Semoga cerita pokok tua ini cepat-cepat tammat. Amin.

************************************************

Source: https://goo.gl/gOsyxX

Part 6:   https://goo.gl/L6Qyhw
Part 5:   https://goo.gl/1mRec5
Part 4:   https://goo.gl/F2qvJr
Part 3:   https://goo.gl/AhzQjp
Part 2:   https://goo.gl/iOAwNd
Part 1:   https://goo.gl/AXATHi