I will burn you to love you

Thursday, 15 June 2017

Fake Agarwood

Assalamualaikum WBT.
Semoga kita semua dalam keadaan sihat di bawah Rahmat-Nya.



Fake Agarwood





Baru-baru ini, saya dijemput oleh seorang kawan saya untuk membeli seketul kayu gaharu yang agak besar. Ianya dijual oleh sekumpulan pemburu gaharu yang berasal dari Negara Cambodia, dan telah menetap di sini sekian lama.

Daripada apa yang diceritakan semasa dalam perjalanan, saya merasa sungguh teruja kerana ianya pasti menjadi satu pengalaman yang baru buat saya untuk terus mengenal kayu gaharu dari sekitar kawasan saya tinggal.



Fake Agarwood



Setelah sampai, kami bersuai kenal kerana ini adalah perjumpaan pertama kali kami. Dan kemudian, mereka mengeluarkan kayu gaharu itu dari bahagian dapur.

Ianya nampak berat kerana memerlukan dua orang dewasa untuk mengangkatnya. Saya diberitahu, beratnya sekitar 25 kg.

Daripada serat-serat kayu yang saya lihat, saya mendapati ianya pelik. Corak kayunya seolah-olah sekata seperti anyaman. Hati saya meragui keasliannya, tapi saya hanya berdiam diri andai saya tersalah anggap.

Setelah melihat dengan lebih dekat, saya mula merasakan sesuatu yang tidak manis. Ini adalah berpunca daripada keadaan bahagian​ dalaman kayu tersebut. Setelah saya mencungkil sedikit untuk saya bakar. Saya mendapati serat-seratnya tidaklah sekata seperti yang biasa saya perhatikan.



Fake Agarwood



Setelah saya bakar dengan menggunakan incense heater yang saya bawa, aromanya tidaklah seperti aroma kayu gaharu asli. Baunya seperti sejenis minyak yang tidaklah begitu wangi. Seolah bau minyak mesin jahit atau yang lebih tepat, minyak yang diperbuat khas, dan aromanya tidaklah begitu jelas. Dan juga, ianya tidak mempunyai tone yang sepatutnya.

Selain itu, saya juga cuba mengenal pasti kualiti kayu tersebut dengan beberapa cara lain. Malangnya, ianya tidak memberi keputusan yang baik bagi mengesahkan kualiti kayu tersebut.

Maka, dapatlah saya katakan bahawasanya, kayu ini adalah kayu tiruan yang dicat dengan menggunakan minyak tertentu bagi meniru kayu gaharu asli.



Fake Agarwood



Setelah selesai, saya meminta agar pihak pemilik untuk melihat jikalau mereka mempunyai kayu gaharu yang sesuai untuk saya beli sebagai incense grade. Mereka mengeluarkan sejumlah kayu dalam plastik beg yang kesemuanya berwarna hitam pekat. Saya hanya tersenyum puas mengangankan bahawa saya sudah berjumpa Super Grade atau Sinking Agarwood barangkali. Tetapi, sangkaan saya meleset apabila memegang kayu-kayu tersebut. Ianya agak ringan jika dibandingkan dengan saiz dan warnanya. Dan ianya tidak padu. Seolah-olah lempung di dalam.



Fake Agarwood



Saya membakar sedikit, dan aromanya adalah lebih kurang sama seperti kayu besar sebentar tadi. Maka, sahlah bahawa kayu ini kesemuanya tiruan.

Tiada apa yang boleh saya katakan pada meraka, hanya meminta maaf kerana saya pasti tidak dapat menjual kayu-kayu ini atas faktor kualiti aromanya yang tidak melepasi standard kualiti pasaran saya.

Dan saya menolak perlawaan harga murah yang mereka tawarkan. Tidak sanggup saya untuk menerima respon negatif oleh pembeli-pembeli saya nanti. Hehe



Fake Agarwood



Untuk pengetahuan, kayu ini sangatlah sesuai untuk si penjual dan pembeli yang tamak. Sangat mudah untuk membuat keuntungan yang besar dalam sekelip mata.



Fake Agarwood
Fake Agarwood in action


Silalah berkunjung he halaman ini, untuk melihat gambar kayu gaharu palsu yang lain.
https://goo.gl/3IPnr3



Terima kasih.