Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Semoga semuanya berada dalam keadaan bersenang-lenang dan sihat walafiat 
di penghujung Bulan Ramadhan ini.
Di sini adalah 400g kayu gaharu dari 
Negeri Pahang. Ianya telah lama tersimpan selamat di dalam kotak kayu di sebuah bilik stor untuk kayu. Hajat di dalam hati ini tidak mahu lagi untuk menyimpan lebih lama, jadi saya telah menawarkannya kepada sesiapa yang mungkin berminat, atau sebaliknya, saya akan gunakan pada 
Syawal ini :)
Kayu-kayu ini bukanlah daripada kualiti yang terbaik, tetapi sudah terlebih sesuai untuk dibakar sebagai aromaterapi.
Untuk pengetahuan, bagi masyarakat arab, mereka menggunakan kayu gaharu melebihi daripada biasa di Bulan Ramadhan, dan juga di Hari Raya 
Aidil Fitri. Kemudian, ia akan disusuli pula dengan majlis-majlis perkhawinan selepas musim perayaan nanti. Kayu gaharu sudah menjadi seperti adat kepada mereka. Tidak lupa, pada asasnya, penggunaan kayu gaharu adalah untuk mengikut 
Sunnah Nabi Muhammad ﷺ.
Jadi, sebanyak mana pun kayu yang ada, mungkin bisa habis terjual. Dengan syarat, kualiti dan harganya adalah bersesuaian.
Berbalik kepada kayu-kayu ini, kesemuanya adalah daripada 1 pokok yang sama. Jadi, perbezaan kualiti bau adalah bukan masalah besar, walau masih juga terdapat sedikit perbezaan bau yang sangatlah tidak ketara untuk di kenalpasti.
Ianya diperolehi pada awal tahun 2015 dahulu, semasa 
Tok Batin masih aktif mengikut anak kampungnya bersama-masa masuk ke dalam 
hutan. Sekarang, beliau hanya berehat bersama cucu-cucunya sahaja. Tetapi, pekerjaan turun-temurun mereka ini masih diwarisi oleh generasi yang baru.
Cuma pahun 2017 ini, agak kurang hasil kayu yang berkualiti. Kebanyakkannya hanya kualiti 
pertengahan dan bawah sahaja. Yang mana, ia tidaklah begitu sesuai untuk dibakar sebagai aromaterapi. Dan kebiasaannya, saya terus menjual tanpa menunggu lama.
Jadi, andai anda memiliki kayu seperti ini, anda pastinya akan berpuas hati terutama jika anda sudah memahami 
cara yang sepatutnya untuk "membakar" kayu gaharu.
Komen yang paling pelik daripada kenalan saya mengenai aroma kayu pahang adalah, "Bau aroma wanginya seolah-olah dapat dirasai sedang memasuki kesegenap urat-urat sarafku. Seperti sedang menjalar untuk sampai kebahagian otak". :D
Apa pun, saya akan terus mencari 
kayu-kayu kualiti sebegini, sebab saya tahu dan sangat menggemari 
keunikan aroma wanginya yang sangat berbeza kalau dibandingkan dengan kayu-kayu dari 
spesis pokok yang lain, dan juga daripada 
negeri atau 
negara lain.
Cukuplah pada saya, 
Kayu Gaharu dari Negeri Pahang adalah yang terbaik buat diri saya terutama daripada kesesuaian haruman aroma wanginya.
 Terima kasih.
Source : 
https://goo.gl/wFiF9z