Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.
Aquilaria Roatrata Spp atau lenih dikenali sebagai Candan Bukit atau Candan Gunung. Ianya adalah spesis yang teramat jarang dijumpai sekarang. Dan kalau ada pun, mungkin ia tidak dikenali oleh setetengah kita. Mungkin kita hanya kenal namanya, tapi tidak pada rupa dan aroma khususnya yang tersangat memikat.
Selama ini, saya tidak berkesempatan untuk memiliki teras gaharu daripada jenis yang terhebat pernah saya ketahui, terutama dari tanah semenanjung ini. Hanya memiliki dua kali peluang mengenali teras Candan Bukit ini dari dekat. Bagi saya, ini adalah teras gaharu terbaik daripada segi wangian aromanya.
Walaubagaimanapun, saya masih dapat mengingati aroma uniknya semasa bertemu dengan seorang penjual gaharu di Kelantan dahulu. Agak malang, dia sudah berjanji untuk menjualnya kepada seorang pembeli lain. Jadi, saya hanya berpeluang untuk menikmati aromanya di situ dengan cara membakarnya menggunakan Kodutu.
Menjadi satu kelemahan utama bagi saya untuk menghuraikan aroma gaharu. Saya betul-betul lemah untuk menerangkannya dengan kata-kata. Jadi, saya hanya dapat mengingatinya untuk diri sendiri. Dan inilah kelemahan saya pada setiap kali ditanya oleh pembeli tentang huraian aroma bagi setiap jenis teras gaharu yang ingin saya jual.
Baru-baru ini, saya dihubungi oleh seorang wakil Tok Batin dari sebuah kampung di pendalaman Negeri Pahang yang mengatakan dia ingin menjual teras Candan Bukit miliknya. Setelah siap saya keringkan, maka saya mendapati bahawa aromanya sama dengan yang pernah saya kenal dahulu. Cuma terdapat sedikit perbezaan daripada bentuk serat. Tetapi, seratnya tetap sama dengan kedua-dua jenis Candan yang lain.
Seperti yang kita sedia maklum, jenis ini adalah sangat sukar untuk ditemui. Tidak pernah saya jumpa di pasaran antarabangsa lagi setakat ini. Dan mungkin, peminat gaharu antarabangsa tidak pernah mengenali spesis terbaik dari tanah semenanjung ini.
Apa yang pasti, kayu ini akan menjadi antara koleksi terbaik yang ada dalam simpanan saya.

Candan Bukit atau Candan Gunung yang menjadi koleksi saya |

Agarwood Gaharu 沉香 香文化 奇楠 沉香 伽羅 沈香 黄熟香 蘭奢待 東大寺 栈香 真那伽 羅国 真南蛮 佐曾羅 寸聞多羅 桂皮 诃子 丁子 甘草属 廣藿香 匙葉甘鬆 大黄 紅花 大茴香 貝香 蘭奢待 香道具 聞香 香道 香炉 菖蒲香 香道具 組香 源氏香 香 馫 茶道 ខ្លឹមចាន់ ཨ་ག་རུ་ ཨ་ག་རུ་སེར་པོ་ ཨར་སྐྱ་ ཨར་ནག ไกฤษณา அகில் ໄມ້ເກດສະ العود دهن_العود ماليزيا Amber Ambergris Aloeswood Antique Aromateraphy Aquilaria Beccariana Bonsai Bracelet Candan Censer Eaglewood FrankIncense Fumigate Hirta Incense KoDo Koi Kyara Kynam Malaccensis Microcarpa Musk Oolong Oud Oudh PaloSanto Perfume Qinam Qinan Qynam Scent Rare Ranjatai Resin Rosary Rostrata Sandalwood Scents Sinensis Subintegra Tea ThitMhwae Zen